Saturday 7 October 2017

SIAPAKAH YANG MENCADANGKAN AL-QURAN DIKUMPULKAN ZAMAN KHALIFAH UTHMAN?

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

SIAPAKAH YANG MENCADANGKAN KEPADA SAIDINA UTHMAN AGAR ALQURAN DIKUMPULKAN?


Pengumpulan al-Quran berlaku sejak zaman Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Kemudian ia diteruskan oleh Khalifah Abu Bakar Assiddiq. Dan berlaku lagi pada zaman 
Khalifah Uthman radhiallahuanhu. Boleh baca di sini.


Pada zaman Khalifah Abu Bakar yang memberikan cadangan adalah Saidina Umar radhiallahu anhu. Akibat kematian ramai para sahabat yang menghafaz alquran gugur syahid ketika itu.

Pada zaman Khalifah Uthman pula berlaku satu penaklukan kaum muslimin ke atas Armenia dan Azarbaijan. Huzaifah al-Yaman ketika itu bersama kaum muslimin merasa terkejut. Mengapa?

Huzaifah al-Yaman dalam keadaan risau dan terperanjat akibat berlaku perselisihan antara kaum muslimin ketika itu. Ia bukan masalah pemilihan ketua. Bukan kerana lemah semangat untuk berperang. Apa yang berlaku adalah perselisihan dalam pembacaan kitab suci mereka ( al-Quran). 

Berkata Huzaifah kepada khalifah, "Wahai Amirul Mukminin, cepatlah selamatkan umat Islam sebelum mereka bercakaran tentang membaca kitab suci al-Quran seperti kaum Yahudi dan Nasrani telah bercakaran sesama mereka."

Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Said bin Al-A'as, Abdul Rahman bin al-Harith diarahkan oleh Khalifah untuk menyalin kitab al-Quran ke dalam beberapa buah mashaf.

Mashaf-mashaf ini ditulis dengan berpandukan kepada suhuf yang disimpan oleh Saidatina Hafsah. Selesai sahaja penulisan ini, suhuf ini dipulangkan semula kepada Saidatina Hafsah.

Yang lain diarahkan untuk dibakar dan dibiarkan Suhuf asal daripada dibakar kerana ia merupakan sumber asal dan sahabat semua mengakui kesahihannya.


Mohon share.

Imam Hafs

No comments:

Post a Comment